Popular Posts

Tuesday, September 23, 2014

Ada apa dgn perempuan melayu terakhir........

Entry blog hari ini adalah mengenai perempuan melayu terakhir. Disebabkan aku, somehow sudah di 'warning' oleh kawan kawan yg sedikit ada rasa rimas n semak dgn status fb aku yg bermuka muka surat panjangnya. .. akhirnya aku pun akur diatas permintaan mereka, utuk menyemak kt blog ni sahaja. Hahahah ... meh kita layan sat perbincangan yg sememangnya tidak lebih mahupun kurang isi  kandungan yg berunsur ilmiah. Ada apa dgn perempuan melayu terakhir. Cepat!! Cuba fikir sejenak. . Ada apa dgn perempuan melayu terakhir? ... kisah nya klu nk tahu... memang setanding dgn Hikayat si Hang Tuah!!. ( angkat kening sikit - baru lah poyo !! Hahahah). Bagi kami kaum perempuan, Hang Tuah tu dah sememangnya jejaka pilihan malaya. Dia ni kira tahap dewa dewi lah orang kata. Mauhu taknye, sudah lah gagah, kacak, perpangkat. . Ha.. ape lg.. geng dgn sultan... baik hati, rendah diri.. Walau difitnah tetap bersabar... bak kata calon suami yg best. Tetapi bukan lah yg terhebat, sbb nabi kita kan manusia paling sempurna, jadi memang tidak setanding lah kan.  Manakala bagi lelaki pula, konsep perempuan melayu terakhir mmg sentiasa dekat dihati. Mahu tak nyer, lembut, ayu, sedap je bagi mata yang memandang. Berkilas-kilas kali pandang lama-lama jiwa menjadi semakin tenang. Pendek kata, Klu di bawak jumpe dengan ibunda dirumah, sebelum dia menjejak kaki masuk ke rumah, ibunda yg sedang mengintai dekat tepi jendela pun pasti tersenyum gembira. Bak kata org hebak sungguh mung!!.  Skill-skill lain tu x beberapa nak penting buat masa skarang... Sbb disitu barulah ada unsur2 mysteri sikit... Klu tau semua x thrill lh. Kahkahkahkah.


Rata - rata yang aku curi-curi dengar, diorg kata kualiti - kualiti seperti "perempuan melayu terakhir" ni pada zaman sekarang ni mmg ada sedikit susah untuk dicari. Tapi takde lah bermaksud perempuan sekarang ni sudah tidak ayu, atau pun tidak tahu malu.... masih ada yg baik - baik. Jgn risau. Mmbr-mmbr aku pun banyak yg elok-elok... klu nk kenal lah. Diorg memang baik... Tp ada sikit garang ...tp baik... Tapi ada sikit garang jugak ~ Hahahah. Klu dia nak, akan dia kata dia nak. Klu dia tak nak akan dia kata tak mahu. sememangnya tidak akan ada istilah sendiri paham. Tetapi bagi mereka yang tidak jugak paham-paham.. tu namanya sendiri mahu ingat lah babe.. apa pasal ko lembab noh!!  Jadi~ jika anda terberkenan atau tersuka mahupun terpikat dgn  awek yang saling todak tumpah seperti perempuan melayu terakhir, aku nasihatkan korang sila lah berhati - hati. Ini kerana, Si dia ada kemungkinan besar bukan lah sepertinya manusia biasa. ha~!! ehhhh... relax! jgn marah-marah!! ko kata ... "apasal plak?"  Meh, aku huraikan... Mengapa aku katakan dia itu bukan lah sepertinya manusia biasa, sebab dia bukan sekadar hanya ayu, baik, lembut, pandai menari tarian tradisional, mahupun tampak klasik... Sebabnya sifat-sifat mereka ini kan lebih menyelah dari org-org yang lain.




... Sbb mereka bukan sekadar baik mahupun kasik. Aku ada member yg sangat lembut perbuatan and pertuturan tahap nauzubillah. Aku pun tahap beristifar wei. Klu ada yg jealous mmg diorg akan ada perasaan nk lempang lempang dia ni. Normal lah tu. Cantik pun tahap gorgeous! Tp yess dah kawin.. so haha korg selamat utk tidak rasa tergugat. Aku ada mmbr yg klasik.  Klu mengikut skala budaya kita... org putih kata: wow she has class. Heheheh she is classy. Bergaya tp buka mcm hijapster.  (Since diorg claim to be the most hip and trendy for now lah kan) bercakap dgn pernuh sopan. Tp sbb skema dia... Hahahaha. ayat nk bunga bunga jaa. Bercakap dgn aku yg rockers ni pun nk ber bunga.. tahap aku klu nk mengamuk pun... Aku telan air liur jaa. Hahahah yg ini pun dh kawin.. yess!! Korang kurang satu persaingan dah. Berbalik kepada isu td .. perempuan melayu terakhir ni lebih dr mmbr mmbr yg aku cerita ni. . ( sbrnarnya aku ada byk ya mmbr mmbr perempuan lain yg best best.. tp aku x mau citer. Nnt saham aku jatuh merundum! Hahahah haahaha! Tak mau aku!! Hahaha ) diorg ada satu aura megnatik yg boleh buat korng rasa terbuai buai dan berawang awangan.  Dia~ sekali jeling je korg dh tahap lemah kaki. Kalau di tanya sepatah.. Dia jawap lebih sikit jaa dari sepatah.. di sulami dgn ayat ayat meremang seperti.. baik lah abang.. hahahahahahahaha...(aku mmg x boleh wei!! Aku fail! Setiap kali dengar aku mesti nk tepuk dahi) Klu korang tanya nk makan... Dia tak jawap nk... Dia senyum jaa. Smbil pandang meja... Pastu bagi pandangan ekor mata jaa~ Boleh?!! Ehh mmg boleh lah!!! Abang pun rasa lah seperti hero malaya. Apa lagi! Mamak kasik order sini. Disbb kan sifat terpuji dgn tidak materialistik, mamak pun ok...ini lah sifat sifat terbuai yg mengunung tinggi pasti klu dpt dimiliki, rasanya seperti menang loteri. Ko pun dgn automatiknya akan bermurah hati utk korbankn seekor  lembu lah kan. Kata utk dibuat majlis kesyukuran. Hahahahahah. Disebabkan oleh kuasa luarbiasanya menyebabkan aku kategori kn perempuan melayu terakhir ini dlm golongan bukan manusia.

Maklumlah zaman skrng ni, Walaupun modern berinternet bagai.... , masih ada yg masih terperuk dgn perkara2 syirik. Ahhha. Kita wajib percaya kepada alam ghaib. Sesunggnya syaitan itu mmg pekerjaan full time nk hasut aku ko n diorg.. so... hati hati lah.... kenapa  aku kata dia bkn manusia. .. Sbb aku dok tgk cerita pontianak sepanjang pagi ahad.

 Hahaha sorry jgn marah wei... Serious jgn marah! ;)


logic aku adalah.... cuba bayangkan kan Klu wujudlah hikmat paku pontianak (paku pontianak - sila rujuk kaki nota) peringkat 7 petala sekarang ni... klu ada yg melaksanankannya ilmu ini ... mesti akan ada mangsa yang akan terpedaya dan terikat dgn cinta antara dua alam! (Bukan bapok atau pondan. Mereka bukan dua alam.. mereka manusia..satu alam dgn kita. semua manusia ada jln mereka tersendiri. Walau aku x setuju. Aku tetap respect mereka. Semoga Allah itu kurang kan lh dugaan mereka) semua ini buat aku terfikir... Klu lah aku lelaki... N aku jumpe perempuan mempunyai sifat sifat seperti ini... first thing aku tgk kt tengkuk ada paku tak... tgk dia pergi solat ke atau dia Duduk kat bilik air lama lama... yelah kn hahaha mana nak tau kan.. kot kot. Aku tak kata aku buat ehh. . Hahahaha. setan kn x boleh dgn bende bende ke arah islamik ni. Hangus Kang.  Td putih .. la ni tan plak.  hahaha.

Cuma satu jaa yg aku fikir akan menjadi batu penghalang utuk aku tahu jika perempuan itu adalah jelmaan pontianak. Ianya adalah bila perempuan itu memakai tudung. Berhijap sememangnya tuntutan agama... tp ianya jugak tidak melambangkang tahap iman seseorg itu. Maksud aku. . Mana tau dia pakai sbb keluarga angkat dia suruh pakai. .. ialah nk tutup kepala dgn kain batik kan dh tak trendy... nnt org kata gila plak kan... ala ala cerita embun gitu. Hahaha.   Jadi... Klu aku lelaki kn.. macam mana aku nk mengintai paku kat leher atau atas kepala dia. At least yg x bertudung senang sikit nk check... mmm well... conclusion aku adalah...Klu ko sangkut. ...  itu dah kira rezeki ko lah wei!!!. Mmg dia agak protective n ur lucky charm. . Tp... ko jgn sekali kali buat dia marah.... Sbb dia bukan sekadar naik hantu... Mmg dia jadi hantu nnt.. jengjeng jeng! !!

Foot note: paku pontianak adalah sebiji paku yg panjangnya sejengkal. Paku ini kemudian nya dijampi dan di guna pakai utuk menukar hantu pontianak kepada manusia. Utk pencerahan lebih lanjut sila Google atau tontonlah filem paku pontianak. P/s: aku mmg berkenan dgn laki si melati tu.. melayu abis. Tinggi plak tu. Hehehehehe.....


Sekian coretan merepek aku pada mlm hari... Semoga terhibur y'alls! !!!    

No comments:

Post a Comment